Riduan Mohamad Nor (B.A (Hons) UM. DIP. ED. UM. M.A UKM) berasal dari Besut, Terengganu. Dilahirkan pada 1 Jun 1971. Telah berumahtangga dan kini mempunyai enam orang cahaya mata (Muhammad Jundullah, Muhammad Saiful Islam, Fatin Najwa, Ummu Nusaibah, Muhammad Mujahid, Mujahidah).Mendirikan rumahtangga dengan Norleeza Abdullah (B.A (Hons) UM) pada tahun 1993 ketika sedang menuntut di Universiti Malaya.Beliau dan Norleeza adalah exco Kerohanian Persatuan Mahasiswa Terengganu (PERMATA).Riduan juga adalah exco Kerohanian Kolej Kediaman Pantai Puri UM . Beliau bergraduat daripada UM pada tahun 1995, pada tahun yang sama merupakan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Lembah Pantai, Setiausaha PAS Cawangan Flat UDA, juga sebagai Imam di surau An Nur, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.
Beliau telah menapak daripada Cawangan sehinggalah ke peringkat Dewan Pusat PAS Pusat, semua pergulatan sosial dan politik secara langsung ini akan dituangkan dalam karyanya ‘Memoir Pemuda”.Melalui wadah perjuangan Islam inilah beliau menghabiskan sebahagian besar umurnya, PAS sebagai Universiti kedua yang memberikan ilmu, mematangkan pengalaman, menajam tahap intelektual, merasai dihargai sebagai manusia, menghirup sejuta satu makna kehidupan dengan kepelbagaian latarbelakang ahli dan kepimpinannya.Melalui wadah Islam inilah Allah memberikan sejuta satu pengalaman berguna baik dengan sisi putih dan hitamnya, insan ini paling gugup dan bergemuruh didepan khalayak namun dengan pantas Allah menukarkan watak ini dengan keberaniaan apabila berdepan dengan audien apabila bergulat di medan jamaah.
Beliau adalah pengarang beberapa buah buku antaranya ‘Pertembungan Iman dan Kufur’, ‘Peperangan Rasulullah S.A.W’, ‘Ulama Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan’, ‘ Sejarah Pemalsuan Al-Quran’, ‘Ahzab Moden dan Masa Depan Islam’, ‘Penghinaan Terhadap Rasulullah: Implikasi Hukum’, ‘Islam Liberal dan Pluralisme Agama’ dan ‘Memperingati 100 Tahun Hasan Al-Banna’.”Potret Perjuangan Mahasiswa Dalam Cerminan Dekad”, “tajuk-Tajuk Utama Ramadhan’ (bersama dengan Nazri Chik), ‘Sejarah Dan Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden’, ‘Murtad: Implikasi Hukum Dan Fenomena, ‘Makkal Sakhti:Analisa Pilihanraya 2008, Pengaruh Ikhwanul Muslimin Terhadap PAS, ‘Duka Acheh Luka Kita’, ‘Catatan Pilu Tragedi Gempa Bumi Pakistan’.’Menggenggam Bara’ dan beberapa buah buku lagi termasuk yang belum diterbitkan seperti ‘Panduan Nuqaba’ Ceria’.
Beliau merupakan pengkuliah, penceramah, Motivator, menyampaikan kuliah-kuliah ilmu di surau-surau dan masjid-masjid di seluruh tanah air (Masjid KLCC, Masjid Tabung Haji, Masjid Ar Rahman, Masjid Ar rahimah, Masjid Saidina Ali dan ratusan masjid yang lain) dan di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta seperti di Jabatan Kerja Raya (JKR), Maybank, Petronas, Bank Pembangunan Industri, Pejabat Kastam Di Raja Malaysia, Malaysia Airlines System (MAS), Perodua, Pusrawi, Sapura Holding dan banyak lagi.
Beliau juga pernah diundang untuk menghadiri program-program pelajar Malaysia di luar negeri antaranya di Jordan, Mesir, Syria, Indonesia dan Jepun. Selain itu, beliau juga selalu diundang untuk menjadi ahli panel forum dan pembentang kertas kerja serta wacana ilmu berkenaan isu-isu agama, sosio-politik, budaya dan sebagainya.Menjadi Pengerusi Front Bertindak Anti Murtad (FORKAD)
Beliau juga merupakan aktivis bantuan kemanusiaan tanpa sempadan dengan berwadahkan Muslim Care Malaysia , sebuah NGO yang menggalang kerja-kerja kemanusiaan di dalam dan luar negara. Pernah terlibat di Acheh, Jawa Barat, Cambodia, Jogjakarta, Pakistan, Kashmir dan khemah pelarian Palestin. Semua pengalaman misi kemanusiaan ini akan dituangkan dalam sebuah buku bertajuk ‘Peta Luka Umat Islam’ dan ‘catatan hidup”.
Riduan Mohamad Nor dijoloki dengan gelaran Ustaz We@ ustaz Wan (oleh anak-anak murid dan pengikut kuliah), Pok Wan (oleh anak-anak saudara, kaum keluarga), Duang (kawan-kawan rapat dan panggilan zaman remaja).
Hobi insan ini ialah membaca (sebuah buku satu hari paling minima), menulis( minima dua helai mukasurat satu hari), berkelana pusing dunia.Bercita-cita untuk meninggalkan dunia ini dengan lebih seratus buah buku pelbagai tajuk untuk ditatap oleh generasi selepas ini.Juga bercita-cita untuk mencetak ribuan kader-kader dakwah di negara ini melalui program pentarbiahan dan tajnid.Beliau menggilai tokoh pejuang seperti Hassan Al Banna, Sayyid Qutb, Said Hawwa, Pak Natsir, Maududi, Dr Burhanuddin.
Riduan juga meminati penulisan aliran kiri seperti Pramoedya Ananta Toer lewat karyanya ‘Keluarga gerila’, ‘anak bumi’, Boestaman dengan pelbagai koleksi buku,juga mencandui bahan-bahan penulisan dari tanah Seberang dengan pelbagai genre, buku-buku fikrah dan dakwah tulisan Ustaz Abu Ridho yang mencerahkan akal, novel-novel Islamik garapan Gola Gong, Mutmainnah, Habiburahman dan teman-teman dari Forum Lingkar Pena (FLP). Bersama beberapa penulis tempatan yang lain , Riduan sedang mengusahakan Jaringan penulis Islam Malaysia (JUNDI), wadah ini akan ditunggangi intuk memerkasakan dakwah dan harakah melalui medium penulisan.
Beliau telah berlanglang buana ke pelbagai kota di belahan dunia ini, Banda Acheh, Meulabuh, Blang Pidie, Brastagi, Batak Karo, Medan, Bandubg, Tasik Malaya, Cipanas, Pangandaran, Jogjakarta, Solo, Jakarta, Bogor, Puncak, (dan banyak Bandar-bandar lain di Indonesia), juga menyusup ke Pnong penh, Preai Riem, Chennang, (Cambodia), Fukuoka, Oita (Jepan), Irbid, Muktah ,Amman, (Jordan), Beirut (Kota Romantis yang melelahkan), Damascus, Nawar, (Syiria), Makkah, Madinah, Jeddah, (Saudi), Dubai, Brunei, Singapura yang sombong, Bangkok, Yala dan Wilayah Selatan yang bergolak rawan, Karachi, Islamabad, Rawalpindie, Balakot, (Pakistan- yang tegar dengan berantakan), Muzaffarabad (Kashmir yang bergolak),juga melintasi Asia Timur seperti Macau, Guang Dhong, Ghung Zhou (nama lamanya Canton yang sarat dengan sejarah), Bandaraya Hong Kong (yang tidak pernah tidur , mercutanda kapitalisme di Asia) dan banyak lagi tempat yang disinggahi untuk memperkaya koleksi hidup.


assalamulaikum ustaz, moga segala usaha ustaz selama ini, Allah akan menunaikan segala cita-cita ustaz, lebih-lebih lagi cita-cita yang segala-galanya untuk agama. bagi saya, sentiasa memohon doa dari ustaz, agar saya terpilih di antara pejuang-pejuang Allah yang sentiasa berusaha memperbaiki diri di dalam mendekatkan diri pada Allah dan sentiasa dahagakan syahid,amin. terima kasih atas segalanya, lebih-lebih lagi segala tunjuk ajar dan curahan pengalaman ustaz pada saya selama ini, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya, amin.
WAllahu A’lam.
teruskan perjuangan mu wahai sahabat…….
salam ust..teruskn perjuangn
nape ustaz tak catat GAZA or PALESTIN sebagai destinasi yg pernah dikunjungi… besar maknanya tu, ustaz…
salam ustaz moga cita2 ana sama dgn ustz..jngn lupa doakn ana moga istiqamah dlm prjuangn..teruskn curahkn dakwat mu moga sgala trsirat dpt d trjemahkn mjadi tersurat..Allahuakhbr!!!
Teruskan perjuangan… kami beri sokongan mantap…
Ustaz..ridhuan mat nor…sebagai rakan seperjuangan semasa di sek men Sultan Sulaima 1988(5 sains akaun 1)..Hamba rasa kagum dengan kejayaan tuan hamba sehingga sampai ke tahap ini…Saya tak sangka sama sekali ini adalah Duan legeh…semasa di kelas dulu…kuasa Allah siapa yang tahu…jumpa2 selepas 21 tahun..Inilad ridhuan yang di lahirkan.. berbeza sekali dgn penampilan 1988 dahulu…maha hebat si pencipta….
Ingat lagi sama2 ponteng kelas prinsip akaun….yg di ajar cikgu mat katang…jgn mare cikgu..dah lupa nama….gi study mender lain kat library…Ridhuan teruskan perjuangan membantu Islam …supaya anak2 kita nanti dan demi generasi kita terus mendapat ROH islam yang syumul…….
Salam dari rakan 21 tahun yang lalu…
Mazlanmuda
5sainsakaun 1..1988
Salam Ustaz,
Allahuakbar! Akhir jumpa jugak dgn ustaz, walaupon di internet. saya sekarang di australia, tahun akhir jurusan accounting dan finance. hari tu ada dlm sekolah nak cari ustaz. nak bersembang2 tapi ustaz takde.
insya-allah, hujung tahun ni saya akan tamatkan pengajiaan saya di australia. harap dapat berjumpa dgn ustaz. kalau tak, Ustaz datang ar ke melbourne, ziarah pelajar2 malaysia di sini, beri tazkirah. hari tu, Ustaz Nasharudin dtg melbourne. sempat jugak sembang2 dgn dia.
kalau ustaz berkesempatan, hubungi saya melalui email saya.
Salam,
Kamal Hadi Muhamad VI 2004
A’kum……
ya ustaz,, harap2 mogo sihat sokmolah dibawah lindungan rahmat Allah…
cadang nok gi jale dumoh nie kalu dok buzy gak….
buleh mari wak ceramoh dok di hulu selangor skali. ?
Teruskan perjuange anda…. hidupkan semagat Islam yg shumur. Amin.
ASSALAMUALAIKUM..
ustaz pe kabo?masih igt saya?saya saadi sama memgaji master sains politik dengan ustaz kat ukm dulu.harap ustaz igat lagi saya.
SAADI AWANG
Aslmlkm, tahniah ustaz atas perkembangan ketara selepas sama2 grad UM..’ter’tahu mengenai demo selepas terpandang banner di putra heights. Apapun, teruskan perjuangan. kita sama haluan. Alhamdulillah. Allahu akbar!
A’kum….rase mcm kenal….mase sekolah di smss…saya tinggal di kg ladang tayor….tinggal di asrama smss….0126991447
Assalamuaikum Ustaz,
1. Terlebih dahulu , saya mohon maaf kerana saya terpaksa menggunakan saluran ini untuk mendapat pendapat kedua tentang persoalan di bawah.
2. Bapa saya telah meninggal dunia 4 tahun lepas. Beliau telah meninggalkan waris iaitu 4 orang anak ( seorang lelaki dan 3 perempuan ), nenek saya ( ibu arwah ayah ) dan seorang isteri ( ibu tiri saya ).
Daripada 4 orang anaknya, yang sulung abang saya seibu dengan saya ( isteri pertama) , 2 orang adik perempuan berlainan ibu ( seorang dari isteri kedua dan seorang dari isteri ketiga ). Arwah semasa meninggal dunia, hidup dengan isterinya ketiga ( ibu tiri saya ), seorang anak perempuan ( saya namakan plantif disini ) dan seorang anak tirinya ( lelaki ).
Untuk makluman tuan, isteri pertama dan kedua telah diceraikan semasa kami masih kecil dan tanpa sebarang nafkah sepanjang kami membesar. Kami dijaga oleh ibu masing-masing. Abang saya dan adik saya dari isteri kedua tidak bersekolah kerana miskin, manakala saya menyambung pelajaran setelah berkahwin ).
Kami hormat arwah dan tidak pernah menyusahkan keluarga baru arwah ayah semasa hidupnya dan akan menziarahi arwah bila ada kelapangan.
3. Semasa hidup arwah telah berjaya dalam hidup sebagai seorang kontraktor dan telah
meninggalkan harta alih dan tak alih yang agak banyak.
4. Hampir 95% harta alih arwah adalah dalam bentuk sijil saham bank TETAPI arwah telah meletakkan nama plantif sebagai nama kedua ( tertulis dibawah nama ayah ) dalam setiap sijil-sijil berkenaan. Arwah ada memberitahu abang saya beberapa kali bahawa plantif adalah pemegang amanah kerana dia tinggi pelajaran ugamanya dan arwah berharap dia dapat membahagikan harta beliau apabila arwah sudah tiada. Plantif adalah lulusan universiti dalam jurusan Pengajian Islam dan bertugas sebagi guru agama disalah sebuah sekolah menengah kerajaan.
5. Persoalah disini, plantif telah mendakwa waris lain ( defenden ) melalui penguamnya di Mahkamah Tinggi Syariah atas tuntutan hibah keatas semua siji-sijil yang ada namanya. Alasannya dan disokong oleh ibunya dan abang tirinya bahawa semua sijil-sijil yang ada namanya sebagai nama kedua itu adalah haknya sebab kononnya arwah banyak kali berkata semasa hidupnya bila ayah dah meninggal nanti adik
( plantif ) punya. Sedangkan ayah telah pun menamakan sebuah kereta dan sebuah rumah teres yang ayah beli atas nama plantif iaitu semasa dia masih belajar di universiti lagi ( diakui oleh plantif dan tak termasuk dalam kes )
6. Seawal 4 hari selepas kematian ayah , plantif , ibunya dan abang tirinya ( pernah bertugas sebagai pegawai bank ) telah mengeluarkan kebanyakkan duit ayah
( mana yang boleh ) dari beberapa bank ( samada nama ayah seorang atau nama berdua dengannya ).
Pengeluaran demi pengeluaran yang dilakukan plantif tanpa pengetahuan waris lain, maka salah satu bank tidak membenarkan pengeluaran dilakukan kerana jumlahnya banyak ( melebihi tujuh ratus ribu ). Bank berkenaan mahukan surat kuasa dari pejabat pusaka ( walaupun semua sijil-sijil itu ada nama plantif sebagai nama kedua.) .
Waris-waris lain memang tidak pernah dimaklumkan oleh plantif berkaitan akan simpanan ayah yang banyak itu , cuma kami di beritahu oleh plantif dan abang tiri nya , ayah cuma meninggalkan 3 keping tanah ( anggaran 5 ekar semuanya ), saham ASB lebih kurang seratus lima puluh ribu dan CIMB Rm 19.90 ( lain-lain disorokkan sehinggalah kes dibawa ke mahkamah ).
Plantif juga pernah membuat sogokan dengan berjanji akan memberi tiga ribu ringgit kepada abang saya sekiranya abang saya bersetuju menandatangi surat yang akan diberi oleh peguamnya ( usahanya untuk menebus sijil –sijil berjumlah melebihi tujuh ratus ribu itu ) tetapi abang saya tidak bersetuju.
Dari saat itu, plantif membawa kes ini ke mahkamah atas tuntutan hibah
7. Menurut pengakuannya semasa perbicaraan, semasa arwah ayah hidup, beliau tidak dapat mengeluarkan wang sewenangnya kecuali apabila disuruh ayah untuk tujuan perniagaannya dan lain-lain. ( pendapat saya, betullah dia hanya pemegang amanah saja )
8. Setelah naik turun Mahkamah Tinggi Syariah negeri , selama empat tahun ( lebih 20 kali ) MAHKAMAH TELAH MELULUSKAN TUNTUTAN HIBAHNYA. Beliau telah mengemukan empat saksi iaitu ibunya, abang tirinya, suaminya dan seorang pegawai bank yang diterbangkan khas untuk menjadi saksi peribadi plantif .
Pegawai bank ini pernah bertugas di bank tempat arwah membuat simpanan yang banyak itu, tetapi jika diteliti dari tarikh sijil dibuat semasa beliau bertugas di bank berkenaan ( dua tahun sahaja ), simpanan ayah kurang dari seratus ribu tetapi beliau mendakwa beliau tahu simpanan arwah melebihi enam ratus ribu jumlahnya ) .
Semua saksi plantif sepakat mengatakan bahawa arwah ayah saya berpuluh kali berkata kepada mereka bahawa semua duit simpanan itu, plantif yang punya ( wallahualam, tak ada hitam putih cuma secara lisan sahaja ). Menghairankan saya, jika betul semua itu untuk plantif, kenapa arwah tak letak nama plantif seorang saja pada semua sijil-sijil itu dan tak perlu letak nama ayah lagi ( taklah menjadi pertikaian ).
Manakala pihak kami cuma mengemukan seorang saksi saja iaitu isteri abang saya. Beliau pernah dengar dua tiga kali arwah ayah berkata kepada abang saya , dan kali terakhir semasa beliau dan abang melawat arwah sehari sebelum arwah meninggal di hospital . Ayah berkata kepada abang ” duit abah banyak, kau seorang anak lelaki abah, nanti kau bahagi ikut hukum ugama. Adik kau ( plantif ) pemegang amanahnya sebab dia tinggi pelajaran ugamanya dan nanti kau tuntut”. Ayah berkata dalam keadaan waras kerana arwah dimasukkan kewad ( dua hari saja ) kerana tidak boleh kencing dan keadaannya sangat stabil sebelum meninggal keesokannya kerana disahkan mengalami kejutan jantung ( cardiogenic shock ) keesokkannya pada usia 69 tahun..
10. Untuk maklumat tuan , saya juga telah melantik peguam bagi mewakili kami untuk mempertahankan diri.
Sebelum itu saya ingin memaklumkan, bahawa saya telah dipersetujui oleh semua waris termasuk plantif dan ibunya , melantik saya sebagai ketua waris untuk menguruskan pusaka ( bukan secara lisan sahaja tetapi melalui surat persetujuan dan berstem hasil yang disahkan – masih dalam simpanan saya ), tetapi rupanya, plantif dan ibunya telah melanggarkan persetujuan itu.
Saya juga pernah mohon melalui peguam saya (semasa perbicaraan ) , untuk melihat semua buku akaun asal, sijil-sijil asal yang dipertikaikan ( sebagai ketua waris yang dilantik ) tapi sampai habis tak dapat . Saya hanya ditunjukkan salinan akaun dan sijil yang boleh dipertikaikan validitinya ( transeksi tak lengkap, salinan tak diakui sah dan ditunjukkan oleh peguam saya yang diperolehi dari peguam plantif ) . Oleh itu saya secara peribadi beranggapan banyak yang ingin disorokkan disini.
Saya juga pernah bertanya peguam saya apakah kemungkinan yang melayakkan permohonan hibah plantif diterima. Beliau menjelaskan , setahu beliau jika dua nama dalam mana-mana akaun bank, adalah ” join account ” antara arwah ayah dan plantif dan memang plantif punya kalau salah seorang meninggal. ( beliau tak rujuk pun bank, akan status akaun berkenaan )
Saya kata, kalau ia ” join account ”:-
kenapa tak ada transeksi ( plantif ) semasa arwah hidup ( dikawal oleh arwah )
simpanan dibuat semasa plantif sekolah lagi ( sah, semua duit arwah ayah )
Saya juga pernah tunjukkan kepada peguam saya akan rujukan saya, yang diperolehi dari laman web ini http://www.esyariah.gov.my .PENGENALAN SISTEM PUSAKA ISLAM
( FARAID ).iaitu bil. 12 ii. Menghibahkan harta Semasa Hidup dan 12 iii. Penama
( nominee ) pada takaful/ wang KWSA/ Tabung haji dan sebagai nya.
12 iii. Menurut hukum syarak, penama yang ditulis dalam skim-skim tersebut tidak dengan sendirinya menjadi milik penama & tak sah menurut Islam dan masih tertakluk kepada faraid.
Jawatan kuasa fatwa kebangsaan tahun 1973 dalam mesyuarat majlis raja-raja pada 20 Sept. 1973 memutuskan ” Penama dalam skim-skim berkenaan adalah orang yang melaksanakan wasiat atau wasi untuk dibahagikan kepada yang berhak mengikut faraid.
Orang Islam juga tidak boleh melantik penama ( nominee )
Soal penama timbul dalam kes Re Ismail bin Rentah ( 1939 ) FMSLR. 230.
( 1940 ) MLJ.
Dalam kes ini, simati telah menjadi ahli syarikat dan telah menamakan anak
perempuannya untuk menerima saham dan faedahnya bila dia meninggal. Simati
juga meninggalkan waris lain. Keputusannya, saham dan feadah syarikat telah
dibahagi kepada ahli waris. Penama tak puas hati dan membuat rayuan di
Mahkamah Tinggi dan Hakim Raja Musa telah menolak rayuannya dan
memerintahkan semua jumlah wang dibahagi kepada ahli waris ikut faraid.
Menurut peguam saya kes ini berlainan dengan kes saya . Wallahualam, mungkin
saya tersilap .
9. Oleh yang demikian , saya mewakili waris lain ( terutama nenek saya yang terlalu uzur dan hidup miskin ( arwah ayah mengabaikan tanggung jawabnya terhadap ibunya semasa hidup ) ingin mendapat kepastian dari tuan berkaitan perkara-perkara berikut:-
i. Adalah kami tidak berhak untuk menuntut harta ayah dalam bentuk sijil yang
tertulis nama plantif sebagai nama kedua ?
ii. Adakah kami , anak-anak yang ditinggalkan oleh ayah ( ada yang masih dalam
kandungan ) tanpa nafkah boleh menuntut nafkah tertunggak dari harta
peninggalan ayah ( ibu-ibu kami dan ibu arwah ( nenek ) masih hidup sebagai
saksi ).
iii. Adakah pihak mahkamah tidak mengambil kira tindakan plantif
yang telah cuba menipu waris lain dengan cuba mengeluarkan semua
simpanan arwah ayah serta cuba memberi sogokan kepada ahli waris..
iv. Adakah keterangan saksi dari keluarga terdekat boleh diterima seratus peratus.
v. Apakah seorang PEGAWAI BANK YANG MASIH BERTUGAS BOLEH MEWAKILI
INDIVIDU TERTENTU SEBAGAI SAKSI DALAM URUSAN PERIBADI ? ( bukan
majikan ).
vi. Apakah kemungkinan yang boleh dipertimbangkan oleh mahkamah sehingga
membenarkan hibah berlaku kepada plantif..
iv. Patutkah kami terus membuat rayuan atas keputusan mahkamah tersebut?
10. Untuk makluman tuan, saya masih menyimpan semua fakta perbicaraan lepas dan
tidak keberatan untuk mengirimkan salinannya sekiranya diperlukan untuk diteliti.
Sekian.
Maklum balas dari pihak tuan dengan kadar segera , sangatlah saya tunggu-tunggu untuk meleraikan kekusutan dalam fikiran saya ini dan demi keadilan pada ahli waris. Segala usaha serta keperihatinan tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Wassalam.
Gudang
21 Ogos 2009
Assalamu’alaikum ustaz..
Saya sedih, saya hanya mengenali ustaz melalui laman ni(3 Mac 2010). sedangkan kita bersaudara….saya cucu saudara kepada Dato’ Hj. Zakaria Bin abdul Rahman…hope we will keep in touch….ikhlas Mastura UNIMAS, Sarawak.
Assalamu’aikum Wr. Wb Ust
Lama tak berjumpa selepas masa belajar di sains politik UKM dulu. Sahabat lama dari Aceh ini saat ini sedang menuntut ilmu kembali di UIA Gombak. Semoga satu ketika saya boleh berjumpa dengan ust. email saya; rizwxn@gmail.com
Salam sejahtera
Muhammad Rizwan
sya juga ingin menjadi tinta jundi.Tapi belum banyak pengalaman boleh bergabung?