Feeds:
Posts
Comments

Archive for December, 2008

memoir-jihad2

Sesungguhnya segala puji dan puja milik Allah SWT , Tuhan yang mengurniakan kita dengan nikmat yang paling tuntas, kita memohon kepadaNya daripada rasa kebergantungan kepada thaghut dan bermanis muka dengan jahiliah moden. Selawat dan Salam buat Rasul junjungan yang telah menunjukkan kepada kita jalan jihad yang panjang ini, yang telah bermandi darah dan berkubang jerih keringat memacu perjuangan sehingga Islam bergema di seluruh belahan dunia ini.

Islam yang kita cintai ini tidak pernah dibiarkan diterjah oleh musuh tanpa pembelaan daripada pencintanya di sepanjang zaman. Semakin kuat Islam dihimpit semakin ramai pejuang yang tampil membela walaupun terpaksa dibayar dengan harga yang mahal seperti pembantaian, pemenjaraan, pembunuhan serta diusir dari tanah leluhur. Allah SWT tidak membiarkan Islam tanpa para pembela di mana tentera Allah ini akan muncul pada saat Ummah merintih dan ketika golongan mustadh’afin bersimpuh memohon pertolongan langit.

(more…)

Read Full Post »

Mengimbau kembali dan menyelongkar semula sejarah menyertai PAS adalah sebuah kenangan yang sangat indah , putaran filem lama ini akan meningatkan juga nama-nama dan wajah teman-teman yang gugur dakam perjuangan atau yang telah dijemput pulang ke rahmatullah.ramai juga teman-teman yang kecicran dalam jamaah walaupun kadang-kadang telah mendaki ke puncak dalam perjuangan ataupun bekas pimpinan mahasiswa Islam yang vocal di kampus yang pernah menyelit bersama kami.Almarhum Ustaz said Hawwa dalam berpesan kepada para daie telah menyebut tiga perkara yang akan menyebabkan seseorang itu meninggalkan medan amal Islami, iaitu pemalas, penakut dan bakhil.Salah satu penyakit ini hinggap ke dalam nurani manusia , cukuplah untuk menjadikannya orang yang beropeluk tubuh daripada jihad menjaga agama Allah.

Mengenal PAS sebagai sebuah parti politik Islam yang berselut Lumpur di medan perjuangan bukanlah sesuatu yang baru kepasda saya kerana daerah kelahiran saya,Besut adalah bumi yang sentiasa bergolak dengan pergulatan PAS-UMNO sehingga pernah disandera dengan isu takfir dalam dekad 80an.Besut adalah wilayah ‘autonomi’, “wilayah kalah judi”usik teman-teman saya yang sedikit mencemburui keunikan daerah yang pen uh kepongahan ini.Lambang bulan purnama sentiasa dijulang megah di daerah ini tanpa mengenal musim , namun sifat saya sebagai kanak-kanak tidak ‘ambil pot’ dengan apa yang berlaku di daerah kelahiran ini lkecuali bermain sungai, bermain bolasepak dan membaca buku, yang saya tahu dato’ Zakaria Abdul Rahman (bapa sepupu) ialah ahli Parlimen Besut merangkap Timbalan Menteri Buruh.

(more…)

Read Full Post »

Mengapa dekad 1960an gerakan mahasiswa hebat tetapi tidak sekarang? Itulah persoalan yang sentiasa berlegar dalam benak kita apabila membaca sejatah gerakan pelajar tahun 60an namun kita harus memahami bahawa latarbelakang sosial’ ekonomi dan politik hari ini dengan 40 tahun yang lampau mempunyai jurang perbezaan yang luas.Adalah tidak adil untuk membandingkan gerakan pelajar dekad itu dengan apa yang ada pada hari ini.Dekad 60an pula semarak kebangkitan berlaku pada pertrengahan dekad kerana beberapa faktor, diantaranya sebagaimana yang dirakamkan oleh Muhammad Abu Bakar (1971: 44-46)

Suasana baharu dan proses perjuangan yang makin hebat sebagai mana berlaku dalam tahun-tahun 1966 dan 1967 adalah berkaitan rapat dengan faktor-faktor perubahan yang berlaku di dalam dan di luar negara.Hal ini juga mempunyai hubungan dengan tradisi mencabar yang telah pun disemai pada tahun-tahun yang lebih awal dan dipupuk dalam tahun-tahun 1964 dan 1965.Dari seberang laut telah tersebar berita-berita mengenai pemberontakan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar,yang mana telah mencurah-curah masuk ke dalam negara ini menerusi radio dan akhbar semenjak lewat tahun 1964,apabila mahasiswa-mahasiswa berdemonstrasi di kampus Universiti Berkeley.Berita-berita seperti ini sudah tentu mempengaruhi jiwa dan tindak tanduk pelajar-pelajar Malaysia.Sememangnya pengaruh luar negara sangat mengesani perkembangan sosiopolitik negara ini semenjak awal abad 20 apabila kemunculan intelengensia Melayu seperti gerakan Pan Islamism, diikuti pengaruh nasionalisme di Indonesia serta gerakan Turki Muda.

(more…)

Read Full Post »

Dekad 1960an merupakan tempoh masa yang agak bergelora daripada sudut politik dan sosial, negara kita baru sahaja melepasi tempoh darurat (1948-1960) dimana ancaman komunis merupakan masalah besar kepada negara dan rakyat.Tamatnya darurat meninggalkan impak yang besar seperti faham perkauman, pengenalan ISA, Gagasan Malaysia yang mendapat penentangan daripada Indonesia, Filipina serta Parti Rakyat Brunei. Perang Dingin yang berlaku telah memecahkan dunia kepada dua blok iaitu komunis dan kapitalis, Malaysia selepas tempoh sepuluh tahun merdeka sangat pro Barat manakala fahaman sosialis sangat polular dan ranggi mencabar ‘establishment’ terutama bagi kelompok anak muda yang berpendidikan.

(more…)

Read Full Post »

Rashid Ganushi

Rashid Ganushi dilahirkan pada 1941 di bandar el-Hamah, selatan Tunisia. Beliau sekarang ini dikatakan hidup dalam buangan di kota metropolitan, London.

Beliau mendapat pendidikan awal di kampung halamannya sebelum meneruskan pengajian peringkat menengah di bandar Qabis, kemudian menyambung di Tunis ibu negara Tunisia di peringkat pengajian tinggi di Universiti Zaitunah.

(more…)

Read Full Post »

Mahasiswa berbaring menunjukkan rasa protest..Mansuh AUKU

Dunia ini adalah milik anak muda dan tanpa mereka dunia tidak akan berubah!, ujar seorang tokoh mahasiswa aliran kiri pada tahun 1960an, Ya , ungkapan ini ada kebenarannya yang tersendiri apabila kita menyemak lipatan sejarah mengenai episod perubahan politik dan sosial yang berlaku di seluruh dunia sejak zaman berzaman. Rasullulah SAW dibangkitkan dengan anak-anak muda yang berani menentang arus jahilliah serta sanggup berdada dan menyingsing lengan dengan penguasa yang zalim. Madrasah Nabi SAW telah melahirkan ramai pemuda-pemuda dakwah seperti Mus’ab Bin Umair. Talhah bin Ubaidullah, Zubir al Awwam, Saidina Abu Bakar, Uthman Bin Affan, Arqam bin Abi Arqam, mereka adalah anak-anak muda yang terasuh dengan semangat yang kental oleh baginda Nabi SAW.

Sejarah dunia ini dilakarkan warnanya oleh anak-anak muda kerana mereka mempunyai kekuatan semangat, cita-cita , keazaman, idealisme untuk merubah dan menjadi agen perubahan.Di zaman imperialisme Barat, anak-anak muda bangkit menentang penjajah di seluruh belahan dunia , Jose Rizal yang mengungkapkan idealismenya lewat karyanya ‘Noli Me Tangere’ (1887) dan ‘El Filibusterismo’(1891) merupakan ikon perjuangan menentang penjajah di Filipina sehingga membawa kepada pembunuhan beliau secara tragis.Seterusnya ‘huk balahap’ dan gerakan katipunan terus mengempur penjajah malah gerakan mahasiswa di Filipina terus bernyawa di zaman Marcos sehingga regim Marcos berantakan lewat demonstrasi anak-anak kampus di jalan raya –jalanraya di Manila.

(more…)

Read Full Post »

elec_4_big

Alhamdulillah, segala puji bagi Ilahi yang telah memberikan kita dengan nikmat kehidupan yang terlalu rencam, Selawat dan salam buat Rasul mulia yang telah menjadi rahmat kepada seluruh alam. Salam perjuangan kepada seluruh anak-anak muda yang berani berdada dengan kezaliman penguasa di seluruh belahan dunia. Buku ini dituangkan di atas kertas dengan beberapa matlamat walaupun saya merasa sedikit kerdil untuk merakamkan sejarah besar gerakan mahasiswa di negara ini.

(more…)

Read Full Post »