Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Berita’ Category

Undi Paling Tinggi.

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Hrkh) – Ustaz Riduan Mohamad Noor mendapat sokongan tertinggi daripada 229 perwakilan yang mengundi bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS bagi sesi 2009-2011. Beliau memperolehi 197 undi.

Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS bagi sesi 2009-2011 yang telah diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Dewan Pemuda, Ustaz Hassan Sukri pada jam 3.45 petang tadi.

Keputusan ini menunjukkan gabungan antara profesional dan ulama muda berganding bahu dalam jawatankuasa ini.

Ustaz Riduan Mohamad Noor-197 undi

Ustaz Nik Mohamd Abduh Nik Abdul aziz – 194 undi
Ustaz Mohd Firdaus Jaafar – 176 undi
Ustaz Mohd Nazri Chik Zain – 165 undi
Suhaizan Kaiyat – 165 undi
Ustaz Nasir Zakaria – 152
Ustaz Kamal Ashari – 145
Kamaruzzaman Mohamad – 139 undi
Khairul Faizi Ahmad Kamil – 139 undi
Mohamad Adram Musa – 135 undi
Abdullah Abdul Karim – 127 undi
Dr Raja Ahmad Iskandar 126 – undi

Advertisements

Read Full Post »

Ketua Pemuda PAS yang baru, Ustaz Nasrudin Hj Hasan telah mengumumkan keseluruhan barisan kepimpinan pemuda PAS pusat sesi 2009-2011 ketika sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Berikut merupakan senarai tersebut:
Ketua : Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan Ketua : Ustaz Azman Shafawi Abd Rani
Naib Ketua : Ahmad Sabki Yusof

Setiausaha : Kamaruzaman Mohamad
Penolong Setiausaha : Khairul Faizi Ahmad Kamil
Bendahari : Mohd Adram Musa
Ketua Penerangan : Suhaizan Kaiat
Pengarah Pilihan Raya : YB Firdaus Jaafar

Ahli Jawatankuasa dipilih
1 Ustaz Riduan Mohd Nor
2 Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
3 Ustaz Nazri Chik
4 YB Nasir Zakaria
5 Ustaz Kamal Shaari
6 Abdullah Karim
7 Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub

Ahli Jawatankuasa dilantik
1 Zuraidin Abdullah
2 Sanusi Mohd Nor
3 Zamakhshari Muhammad
4 Anuar Ali
5 Yusainee Yahya
6 Mohd Sani Hamzan
7 Wan Sukhairi Abdullah
8 Dr. Zuhdi Marsuki
9 Mohd Nazri Din
10 Mohd Fuad Othman

Read Full Post »

Pemilihan Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2007/2009 bagi Muktamar ke-48 Pemuda PAS Pusat menyaksikan anak Menteri Besar Kelantan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mendahului senarai undi terbanyak jawatan Exco Pemuda PAS Pusat dengan 212 undi.

Ketua Jawatankuasa Pemilihan Dewan Pemuda PAS Pusat, Dato’ Wan Mutalib Embong semasa mengumumkan keputusan pemilihan turut mengumumkan Azman Shafawi Abdul Rani sebagai Naib Ketua Pemuda yang baru menewaskan pesaingnya, Ahmad Sabki Yusof.

(more…)

Read Full Post »

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Hrkh) – Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan akan menganjurkan Ijtima PAS Wilayah hujung minggu ini, 4 Mei 2008 (Ahad) di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar dengan mengemukakan tema “PAS Wilayah Persekutuan: Pasca Pilihan Raya Umum Ke 12”.

Demikian dimaklumkan oleh Pesuruhjayanya, Mohamad Noor Mohamad dalam satu kenyataan kepada semua media hari ini.

Beliau meminta semua ahli PAS di Wilayah Persekutuan dapat menghadirkan diri ke program ini bagi membincangkan usaha memperkasakan PAS di semua peringkat disamping meningkatkan keupayaan gerakerja dalam mempertahankan kawasan Parlimen Titiwangsa yang baru dimenangi PAS pada pilihan raya umum lalu.

“Ijtima ini juga bertujuan untuk menambahbaikan gerakkerja dan aktiviti yang berkait dengan pengundi khususnya dalam khidmat kemasyarakat dan kebajikan,” ujarnya.

Mohamad Noor berharap dengan kelahiran anak sulong PAS (kemenangan) yang membanggakan di Parlimen Titiwangsa setelah lebih 30 tahun PAS bertapak di ibu kota mampu menjadi titik permulaan untuk PAS terus melangkah lebih jauh membebaskan Parlimen Putrajaya dan Labuan dari dijajah oleh BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub akan memberikan ucaptama dan merasmikan ijtima kali ini. Ia bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 2 petang. Selain, Salahuddin, ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo Lo Datuk Ghazali turut memberikan ucapan pada program ini.

Sementara Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Dr. Lo Lo Dato’ Ghazali dan Mohamad Noor Mohamad akan mengisi kemuncak ijtima pada sebelah malamnya, memberikan pidato perdana di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat jam 9.00 malam.

Majlis akan dipengerusikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah, Ustaz Mohd Nazir Zakaria yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Putrajaya.

Read Full Post »