Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Catatan Kehidupan’ Category

Mengimbau kembali dan menyelongkar semula sejarah menyertai PAS adalah sebuah kenangan yang sangat indah , putaran filem lama ini akan meningatkan juga nama-nama dan wajah teman-teman yang gugur dakam perjuangan atau yang telah dijemput pulang ke rahmatullah.ramai juga teman-teman yang kecicran dalam jamaah walaupun kadang-kadang telah mendaki ke puncak dalam perjuangan ataupun bekas pimpinan mahasiswa Islam yang vocal di kampus yang pernah menyelit bersama kami.Almarhum Ustaz said Hawwa dalam berpesan kepada para daie telah menyebut tiga perkara yang akan menyebabkan seseorang itu meninggalkan medan amal Islami, iaitu pemalas, penakut dan bakhil.Salah satu penyakit ini hinggap ke dalam nurani manusia , cukuplah untuk menjadikannya orang yang beropeluk tubuh daripada jihad menjaga agama Allah.

Mengenal PAS sebagai sebuah parti politik Islam yang berselut Lumpur di medan perjuangan bukanlah sesuatu yang baru kepasda saya kerana daerah kelahiran saya,Besut adalah bumi yang sentiasa bergolak dengan pergulatan PAS-UMNO sehingga pernah disandera dengan isu takfir dalam dekad 80an.Besut adalah wilayah ‘autonomi’, “wilayah kalah judi”usik teman-teman saya yang sedikit mencemburui keunikan daerah yang pen uh kepongahan ini.Lambang bulan purnama sentiasa dijulang megah di daerah ini tanpa mengenal musim , namun sifat saya sebagai kanak-kanak tidak ‘ambil pot’ dengan apa yang berlaku di daerah kelahiran ini lkecuali bermain sungai, bermain bolasepak dan membaca buku, yang saya tahu dato’ Zakaria Abdul Rahman (bapa sepupu) ialah ahli Parlimen Besut merangkap Timbalan Menteri Buruh.

(more…)

Advertisements

Read Full Post »