Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

blog ini telah berubah ke:

http://tintajundi.blogspot.com/

Read Full Post »

Wacana Hassan Al-Banna

wacana-hassan-al-banna1

Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Pandan akan menganjurkan wacana memperingati kesyahidan Imam Hassan Al-Banna dengan tema ‘Hasan Al-Banna menjuarai isu Palestin’.

Pengerusinya, Ustaz Riduan Mohd Noor berkata, wacana itu bertujuan mengimbau perjuangan dan pengorbanan Hassan Al-Banna dalam gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir, Syria dan Jordan dalam gerakan jihad menentang penubuhan negara haram Israel.

(more…)

Read Full Post »

1_240375_1_9

Alhamdulillah , segala puji kepada Allah SWT yang telah memberikan kepada kita dengan nikmat Iman dan nikmat Islam. Tidak lupa selawat dan salam buat Rasul junjungan yang telah berjuang , bersimbah keringat dan darah untuk menjulang agama tercinta ini sehingga kita tersentuh dengan nikmat angina sejahtera Islam.

Buku ini diluncurkann untuk mengenang kembali para syuhada Palestin , bumi yang sentiasa menyaksikan pertembungan diantara hak dan batil. Ribuan roh telah berkelana nke alam abadi menemui tuhannya dengan openuhn kedamaian.

(more…)

Read Full Post »

Oleh : Riduan Mohamad Nor.

( Misi Kemanusiaan Gaza Januari 2009)

Hati di dakap rasa sayu, dalam kelam malam mata saya merayap meliht kesan serangan bertubu-tubi regim, bangunan yang berserakan runtuh berantakan menyembah bumi. Bangunan dan tembok bisu itumenjadi saksi akan kegilaan manusia zionis yang melakukan kerosakan disepanjang zaman. Membunuh para Rasul yang diutuskan, memutuskan serta mengkhianati perjanjian, tanpa serik , tanpa ampun akan terus memerangi umat Islam. Pada hari kami tiba juga , Israel telah melanggar perjanjian dengan melancarkan serangan udara di wilayah sempadan.

Kereta menghantar kami ke tempat penginapan, dengan diiringi dengan kawalan keselamatan yang rapi. Malam itu pertemuan telah diadakan oleh pimpinan kerajaan HAMAS untuk meraikan tetamu sekaligus memberikan taklimat terperinci keadaan Gaza terkini. Saya memerhatikan air muka pimpinan ini sangat jernih, tawaduk namun ucapan mereka sangat bersemangat dan menyentuh perasaan apabila bercerita tentang halangan-halangan kepada keraajaan HAMAS. Tangan –tangan menteri-menteri HAMAS juga kelihatan sentiasa mengitari tasbih melambangkan dekatnya hubungan mereka dengan Allah, apatah lagi mereka adalah sasaran utama Israel.

Malam itu kami tidur dalam keadaan separuh jaga, minda membayangkan serangan udara Israel, kelelahan yang menjalar dalam tubuh tetap tidak mampu untuk melenakan tidur. Hawa sejuk yang mencengkam tulang sum-sum mengingatkan kami tentang bagaimana manusia Gaza yang tidur di dalam trumah yang terputus aliran letrik, juga yang bergelandangan tanpa rumah, ada diantara mereka yang menyalakan kayu api dan sampah terbuang untuk memanaskan diri seperti yang tertera di layar TV. Manusia Palestin ini diajar untuk hidup susah kerana mereka adalah manusia pejuang , mereka bangkit untuk pengembalian tanahair yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam, demi Masjil al Aqsa yang disuruh berziarah oleh Nabi SAW..

(more…)

Read Full Post »