Feeds:
Posts
Comments

Terbitnya Buku Terbaru

Alhamdulillah, dengan izin-Nya lahirnya sebuah buku Gaza Menangis: Menelusuri Sejarah Perjuangan Palestin dan Pembantaian di Gaza. Buku ini merupakan hasil karya penulis bersama Aris Hazlan Ismail yang juga merupakan salah seorang aktivis gerakan Islam.

Insya Allah, selepas ini akan lahir lagi sebuah buku, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang. Doa-doakan semoga buku yang sedang ditulis ini dapat dilancarkan secepat mungkin.

Oleh : Riduan Mohamad Nor.

( Misi Kemanusiaan Gaza Januari 2009)

Hati di dakap rasa sayu, dalam kelam malam mata saya merayap meliht kesan serangan bertubu-tubi regim, bangunan yang berserakan runtuh berantakan menyembah bumi. Bangunan dan tembok bisu itumenjadi saksi akan kegilaan manusia zionis yang melakukan kerosakan disepanjang zaman. Membunuh para Rasul yang diutuskan, memutuskan serta mengkhianati perjanjian, tanpa serik , tanpa ampun akan terus memerangi umat Islam. Pada hari kami tiba juga , Israel telah melanggar perjanjian dengan melancarkan serangan udara di wilayah sempadan.

Kereta menghantar kami ke tempat penginapan, dengan diiringi dengan kawalan keselamatan yang rapi. Malam itu pertemuan telah diadakan oleh pimpinan kerajaan HAMAS untuk meraikan tetamu sekaligus memberikan taklimat terperinci keadaan Gaza terkini. Saya memerhatikan air muka pimpinan ini sangat jernih, tawaduk namun ucapan mereka sangat bersemangat dan menyentuh perasaan apabila bercerita tentang halangan-halangan kepada keraajaan HAMAS. Tangan –tangan menteri-menteri HAMAS juga kelihatan sentiasa mengitari tasbih melambangkan dekatnya hubungan mereka dengan Allah, apatah lagi mereka adalah sasaran utama Israel.

Malam itu kami tidur dalam keadaan separuh jaga, minda membayangkan serangan udara Israel, kelelahan yang menjalar dalam tubuh tetap tidak mampu untuk melenakan tidur. Hawa sejuk yang mencengkam tulang sum-sum mengingatkan kami tentang bagaimana manusia Gaza yang tidur di dalam trumah yang terputus aliran letrik, juga yang bergelandangan tanpa rumah, ada diantara mereka yang menyalakan kayu api dan sampah terbuang untuk memanaskan diri seperti yang tertera di layar TV. Manusia Palestin ini diajar untuk hidup susah kerana mereka adalah manusia pejuang , mereka bangkit untuk pengembalian tanahair yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam, demi Masjil al Aqsa yang disuruh berziarah oleh Nabi SAW..

Continue Reading »

Pilihanraya 2008 telah meninggalkan kita dengan seribu satu kejutan yang tidak pernah kita jankakan , baik penganalisa politik, aktivis politik, pengamat media hatta kepada calun-calun yang bertanding dalam PRU kali ini.BA yang mula menapaki pentas politik pemuafakatan pada tahun 1999 telah memberikan kejutan yang besar dengan menguasai lima buah kerajaan negeri termasuk menguasai parlimen-parlimen di Wilayah Persekutuan.BN yang telah berkuasa semenjak merdeka (dulunya Perikatan) telah mengalami tsunami politik yang tidak terjangka dalam PRU kali ini dengan kemerosotan undi yang cukup luar biasa.BN hanya memperolehi 50.28% undi popular manakala BA 49.71% undi popular,BN memerintah kali pertamanya tanpa majority dua pertiga.Sabah dan Sarawak serta Melaka merupakan kawasan selamat untuk calun-calun BN.

PRU kali ini juga menyaksikan tokoh-tokoh besar BN tersembam bahkan kepada muka-muka baru.SamyVellu kalah di Sungai Siput setelah puluhan tahun mewakili kawasan tersebut sehingga beliau ‘lupa daratan’ apabila bercakap seolah kemenangan adalah milik mutlak dirinya selagi bernafas, Shahrizat jatuh di Lembah Pantaui, aziz Shamsuddin, Zainudduin Maidin, Koh Tsu Koon, dan puluhan nama besar lain akhirnya akur dengan ‘makkal sakhti (kuasa rakyat)’.PRU kali ini ialah fenomena anak-anak muda yang disinonimkan dengan ‘the angry young man’, ramai tokoh-tokoh muda mula melangkah masuk ke Parlimen dan DUN bahkan mereka masih lagi terkejut dengan kemenangan ini, Firdaus Jaafar (PAS-Jerai), Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap),nurul Izzah (PKR-Lembah Pantai), amiruddin (PKR_Batu Caves), Mohd Nor Hamzah (PAS-Bukit Payong), Abdul Latif Abdul Rahman (PAS_Mengkebang) dan ramai tokoh-tokoh muda yang lain sudah pasti akan menggamatkan dewan persidangan Parlimen atau DUN.

Continue Reading »

memoir-jihad2

Sesungguhnya segala puji dan puja milik Allah SWT , Tuhan yang mengurniakan kita dengan nikmat yang paling tuntas, kita memohon kepadaNya daripada rasa kebergantungan kepada thaghut dan bermanis muka dengan jahiliah moden. Selawat dan Salam buat Rasul junjungan yang telah menunjukkan kepada kita jalan jihad yang panjang ini, yang telah bermandi darah dan berkubang jerih keringat memacu perjuangan sehingga Islam bergema di seluruh belahan dunia ini.

Islam yang kita cintai ini tidak pernah dibiarkan diterjah oleh musuh tanpa pembelaan daripada pencintanya di sepanjang zaman. Semakin kuat Islam dihimpit semakin ramai pejuang yang tampil membela walaupun terpaksa dibayar dengan harga yang mahal seperti pembantaian, pemenjaraan, pembunuhan serta diusir dari tanah leluhur. Allah SWT tidak membiarkan Islam tanpa para pembela di mana tentera Allah ini akan muncul pada saat Ummah merintih dan ketika golongan mustadh’afin bersimpuh memohon pertolongan langit.

Continue Reading »

Mengimbau kembali dan menyelongkar semula sejarah menyertai PAS adalah sebuah kenangan yang sangat indah , putaran filem lama ini akan meningatkan juga nama-nama dan wajah teman-teman yang gugur dakam perjuangan atau yang telah dijemput pulang ke rahmatullah.ramai juga teman-teman yang kecicran dalam jamaah walaupun kadang-kadang telah mendaki ke puncak dalam perjuangan ataupun bekas pimpinan mahasiswa Islam yang vocal di kampus yang pernah menyelit bersama kami.Almarhum Ustaz said Hawwa dalam berpesan kepada para daie telah menyebut tiga perkara yang akan menyebabkan seseorang itu meninggalkan medan amal Islami, iaitu pemalas, penakut dan bakhil.Salah satu penyakit ini hinggap ke dalam nurani manusia , cukuplah untuk menjadikannya orang yang beropeluk tubuh daripada jihad menjaga agama Allah.

Mengenal PAS sebagai sebuah parti politik Islam yang berselut Lumpur di medan perjuangan bukanlah sesuatu yang baru kepasda saya kerana daerah kelahiran saya,Besut adalah bumi yang sentiasa bergolak dengan pergulatan PAS-UMNO sehingga pernah disandera dengan isu takfir dalam dekad 80an.Besut adalah wilayah ‘autonomi’, “wilayah kalah judi”usik teman-teman saya yang sedikit mencemburui keunikan daerah yang pen uh kepongahan ini.Lambang bulan purnama sentiasa dijulang megah di daerah ini tanpa mengenal musim , namun sifat saya sebagai kanak-kanak tidak ‘ambil pot’ dengan apa yang berlaku di daerah kelahiran ini lkecuali bermain sungai, bermain bolasepak dan membaca buku, yang saya tahu dato’ Zakaria Abdul Rahman (bapa sepupu) ialah ahli Parlimen Besut merangkap Timbalan Menteri Buruh.

Continue Reading »

Mengapa dekad 1960an gerakan mahasiswa hebat tetapi tidak sekarang? Itulah persoalan yang sentiasa berlegar dalam benak kita apabila membaca sejatah gerakan pelajar tahun 60an namun kita harus memahami bahawa latarbelakang sosial’ ekonomi dan politik hari ini dengan 40 tahun yang lampau mempunyai jurang perbezaan yang luas.Adalah tidak adil untuk membandingkan gerakan pelajar dekad itu dengan apa yang ada pada hari ini.Dekad 60an pula semarak kebangkitan berlaku pada pertrengahan dekad kerana beberapa faktor, diantaranya sebagaimana yang dirakamkan oleh Muhammad Abu Bakar (1971: 44-46)

Suasana baharu dan proses perjuangan yang makin hebat sebagai mana berlaku dalam tahun-tahun 1966 dan 1967 adalah berkaitan rapat dengan faktor-faktor perubahan yang berlaku di dalam dan di luar negara.Hal ini juga mempunyai hubungan dengan tradisi mencabar yang telah pun disemai pada tahun-tahun yang lebih awal dan dipupuk dalam tahun-tahun 1964 dan 1965.Dari seberang laut telah tersebar berita-berita mengenai pemberontakan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar,yang mana telah mencurah-curah masuk ke dalam negara ini menerusi radio dan akhbar semenjak lewat tahun 1964,apabila mahasiswa-mahasiswa berdemonstrasi di kampus Universiti Berkeley.Berita-berita seperti ini sudah tentu mempengaruhi jiwa dan tindak tanduk pelajar-pelajar Malaysia.Sememangnya pengaruh luar negara sangat mengesani perkembangan sosiopolitik negara ini semenjak awal abad 20 apabila kemunculan intelengensia Melayu seperti gerakan Pan Islamism, diikuti pengaruh nasionalisme di Indonesia serta gerakan Turki Muda.

Continue Reading »

Dekad 1960an merupakan tempoh masa yang agak bergelora daripada sudut politik dan sosial, negara kita baru sahaja melepasi tempoh darurat (1948-1960) dimana ancaman komunis merupakan masalah besar kepada negara dan rakyat.Tamatnya darurat meninggalkan impak yang besar seperti faham perkauman, pengenalan ISA, Gagasan Malaysia yang mendapat penentangan daripada Indonesia, Filipina serta Parti Rakyat Brunei. Perang Dingin yang berlaku telah memecahkan dunia kepada dua blok iaitu komunis dan kapitalis, Malaysia selepas tempoh sepuluh tahun merdeka sangat pro Barat manakala fahaman sosialis sangat polular dan ranggi mencabar ‘establishment’ terutama bagi kelompok anak muda yang berpendidikan.

Continue Reading »