Feeds:
Posts
Comments

blog ini telah berubah ke:

http://tintajundi.blogspot.com/

Muktamar Pemuda Pas 2009 01

“Tahniah Ustaz kerana dapat nombor satu dalam Muktamar Pemuda Pusat” begitulah frasa yang tetera pada skrin ponsel saya semenjak 3 Jun lalu. Tidak kurang pula yang mengucapkan takziah dan memberi inzar akan kewajipan mengurus amanah dengan setuntas mungkin. Mesej ringkas datang dari seluruh Negara, juga adik-adik pelajar di kamus-kampus tempatan, yang sedang bermukim di muara ilmu di Asia Barat dan juga United Kingdom, semuanya sarat dengan pujian mahupun ingatan yang membuatkan saya agak terganggu seminggu dua ini. “isskkh…macamana Ustaz dapat nombor satu?” Tanya Intan , wartawan Harakah, dengan soalan tujahnya, mungkin cuba memeta jawapan, saya tidak tahu dan sedikit malu untuk memberikan jawaban. Sebaiknya tidak ada jawapan, bimbang mencuat dengan unsur riak dan membumbung dengan kesombongan. Sebelum ini saya telah tiga kali menduduki tempat kedua dalam pemilihan pemuda Pusat.

Mengejar nombor bukanlah keutamaan hidup yang semakin mendewasa ini,lainlah di alam kanak-kanak di bangku sekolah Rendah yang saya menguras seluruh tenaga dan keupayaan untuk meraih tempat pertama atau kedua , kerana kegagalan untuk itu bermakna saya akan mendapat ‘habuan’ dari abah (biasanya rotan). Budaya mengejar nombor itu membuahkan hasil apabila saya mendapat 5A dan Peperiksaan Penilaian Darjah Lima (1982) dan abah sedikit terhibur dengan pujian masyarakat pada anaknya , walhal, semasa peperiksaan abah dengan beg sandangnya ‘keluar’ bersama jamaah Tabligh selama 40 hari. “ berkat doa dan sujud ayah” kata sang guru di sekolah mengomentar keberhasilan saya.

Sejujurnya semenjak saya di dalam saf Pemuda ( di alam kampus UM saya telah menjawat jawatan Exco Pemuda Wilayah), persoalan nombor berapa dalam pemilihan Muktamar Pemuda bukanlah satu yang menjadi perhitungan dalam pemilihan pemuda, namun mutakhir ini semenjak muktamar PAS mula diberi perhatian,ianya mula diperhitungkan dikalangan ahli dan ,masyarakat diluar kelompok PAS. Sedikit sebanyak kesan daripada siaran media dan juga peranan media baru mencambahkan minat kepada urutan nombor ini yang dikaitkan dengan unsur pengaruh dan prestasi kerja.”benarkah begitu” Tanya hati kecil saya, ramai yang berpotensi, berbakat, berilmu tapi mereka tidak bertanding walaupun ada pencalonan dari DPP Negeri, contohnya adinda saya Ustaz Ramadhan Fitri, seorang pimpinan pemuda yang menjadi ikon pada adik-adik di kampus.Ada sahabat yang cerdik seperti Dr Rosli Allani tetapi tidak terpilih, walhal sarat dengan idea-idea bernas , kesan dari ilmu dan pengalaman kerja di UK. Jawapannya begitu subjektif, ada seni memilih dalam PAS yang sampai sekarang belum tercuat di minda saya. Apa pun yang terpilih harus tekun dan jujur menjulang amanah, kerana amanah dalam jamaah adalah obligasi akhirat yang tidak memungkinkan kita melencong niat dan langkah.

“ Lepas ni kena belanja kambing la kat Rawsa” gurau saya pada Ustaz Nik Abduh yang menduduki tempat kedua (sebelumnya pemilihan menduduki tempat pertama-dua tahun lepas di PUTIK), apa pun saya sedar bahawa Ustaz Nik pun tidak pernah ‘ambik pot’ tentang nombor, Cuma teman-teman rapat dari Pemuda Pengkalan Chepa suka mengusik kami, “dulu di gelanggang kita ( PUTIK), ustaz nik di hadapanlah, tahun ni di Melewar, padang Ustaz Wan berkubang”. Ustaz Nik dengan bakat, ilmu, karisma tetap didepan berbanding kami yang lain. Mewarisi air muka jernih ayahandanya, beliau menarik diri untuk berlawan di pos Naib Ketua Pemuda, walaupun beliau diyakini akan menang bertanding mengatasi calon lain. Beliau sangat jujur meluangkan pos itu kepada Sabki Yusuf, seorang pakar organisasi dalamDPPP, juga peguam berkarisma, jebolan UIA.” Tak kan semua tiga top pos puak ustaz belako” hujjah Ustaz ni bila diasak untuk bertanding Naib Ketua.

“Mau tak menang, saluran radio, TV pun dia pakai” gurau Dr Rani, YB Meru, kekanda saya, mengusik nakal.Aapa pun semua gurauan akan mempertaut ukhuwwah kami,seronok yang disulam rasa bahagia yang terpancar pada wajah setiap ahli dan teman-teman pemuda. “Tak bersohor” sambut Ustaz Toliban yang telah mengakhiri zaman pemudanya dan kini mengalas jawatan sebagai YDP Kawasan Ipoh Barat, “mahu tak menang, semua perwakilan diangkut tidur rumah dia di Padang Balang” giat Azhar Sattar, “ceh, apa barang! Toliban sorang je perwakilan, yang lain bukan mengundi” tukas saya membela diri, walaupun tahu itu satu gurauan.

Muktamar Pemuda Pusat sejak dahulu seumpama hari raya kepada kami pendokong pemuda PAS, persamaannya seperti baju baru lengkap bersampin, juga ketayap baru, jenuh bersalaman dan berdakapan dengan kawan-kawan yang datang dari seluruh Negara, juga dengan jamuan dengan teman-teman( bukan melobi kerana yang membayar bukannya perwakilan atau pimpinan kadang-kadang).Muktamar hadir setahun sekali diperingkat Pusat dan mempunyai aturcaranya yang tersendiri, penat namun ia membekaskan seribu satu kenangan, mungkin dibawa sampai mati pahatan nostalgia yang indah itu.
Pilunya muktamar Pemuda kali ini, ialah terlalu ramai exco-exco DPPP yang bersara ( melebihi umur 40 tahun),terasa begitu berat dan tersayat untuk melepaskan mereka pergi, sebahagiannya menjadi tonggak penting di kawasan masing-masing, seterusnya membina tapak yang kukuh dalam pertapakan politik dan dakwah mereka selepas ini. Antaranya yang meninggalkan Dewan Pemuda dengan kebaktian yang membukit ialah Ustaz Norazli Toliban, mantan Ketua DPP Perak ini ialah kembar saya sekian lama dalam DPPP, pernah berlanglangbuana dengan saya ke Asia Barat, Pakistan, Kahsmir, Indonesia. Dengan ‘tagline’ Tolibannya , Azli sentiasa menjadi daya tarikan ramai jika kami berhimpun . “ ceh, harap janggut je panjang” ejek saya dengan rasa kecemburuan. Beliau dulu Timbalan saya dalam Lujnah Kebajikan , juga beberapa kali dalam misi kemanusiaan dibawah bendera ‘Muslim Care Malaysia’.Mengenali beliau secara peribadi, wajahnya yang garang tidak melambangkan beliau yang sebenarnya, Toliban cukup tersentuh dengan kepayahan dan kejerihan orang lain, air matanya nya cukup murah apabila melihat orang susah atau kanak-kanak yatim. Teringat saya di Balakot Pakistan, beliau menghadiahkan pakaian sejuk dibadannya kepada seorang tua yang uzur yang sering meredah kesejukan pagi mencengkam tulang untuk solat subuh berjemaah, Toliban fasih berbahasa Urdu dan sangat disukai oleh pengungsi khemah pelarian . Graduan Universiti Karachi ini pernah dua kali bertanding dalam PRU, keduanya tewas, namun yang terakhir dengan margin yang relative kecil di Trong Perak.

YB Taufek Abdul Ghani pula akan kekal dalam ingatan sebagai teman pemuda yang pro aktif, ADUN Paroi ini dengan energy yang cukup membara sentiasa membedah masalah masyarakat. Sebagi aanak sulong PAS di Negeri Sembilan, tidak mudah bagi Taufek , lulusan kejuruteraan ini untuk berbahagi masa diantara rakyat, keluarga dan jemaah. Seorang sahabat yang pendiam tapi bila bercakap sarat dengan fakta, saya seronok juga menyakat YB Taufek, “ bakal MB Negeri Sembilan lepah ni”, moga Paroi akan terus dalam genggaman anak muda yang sarat dengan idealism ini semenjak menceduk gayung ilmu d UKM.

Cikgu Azrin pula saya tidak pasti, adakah sesi ini adalah sesi terakhir atau terus disambung sebagai Pengarah PASTI Pusat. PASTI dibawah sentuhan emas Cikgu Azrin terus berkembang dan menyihir perhatian masyarakat. Beliau mempunyai pasukan yang mantap dalam memerkasakan institusi prasekolah jamaah ini,tidak sukar untuk memahami betapi mendalamnya Cikgu Azrin terhadap PASTI, beliau memberikan seluruh perhatian dan masa untuk membina PASTI sebagai mana yang ada pada hari ini. Dengan MA Pendidikan yang diperolehi daripada UKM beliau memanfaatkan ilmunya untuk mengurus PASTI Pusat.
YB Zaki Ibrahim juga melangkah dengan berat untuk meninggalkan DPPP , walaupun ada pecalonan untuk mengisi jawatan Ketua DPPP tetapi beliau dengan rendah diri memberikan laluan kepada Tantawi, YB Zaki juga sebelumnya adalah Ketua Pemuda Kelamntan selama dua penggal. ADUN Kelaboran ini juga merupakan Timbalan Speaker DUN Kelantan, garang suaranya di podium dan pentas ceramah tretapi lunak serta bersahaja diluar .

Seorang lagi peserta pesara yang paling ranggi dan bewarna-warni ialah Ustaz Solehin Mukhyi, bekas pimpinan pelajar Islam di UKM juga menjawat ADUN Sungai Besar (1999-2004). Beliau seorang pendakwah yang digemari ramai di Lembah Kelang , mendengar garang suaranya dipentas ceramah mungkin diagak ramai anaknya sepuluh tetapi daie ‘sejuta ummat’ ini mempunyai seoprang putera yang kini sedang belajar di Mekah. Ustaz Solehin kini menjadi YDP Sabak Bernam Selangor dan memperkemas pengkalan politiknya di DUN Sabak yang hanya ditewaskan dengan undi nipis sahaja dalam PRU 12. ( kalah 115 undi kepada Warnodogol). Mesyuarat DPPP mungkin agak kurang seri tanpa ‘orang-orang lama ‘ ini tetapi Kelab baru kami diisi dengan beberapa orang baru yang juga kompeten seperti Ahli Parlimen Padang Terap, YB Ustaz Nasir Zakaria dan Dr Raja Iskandar, seorang bekas pimpinan UIA yang baru kembali ke tanahair selepas menamatkan pengajian PhD di UK. Patah tumbuh hilang berganti, “bukan kita yang memulakan perjuangan ndan bukan kita yang mengakhiri perjuangan ini” kata Sayyid Qutb

Apa pun pada saf DPPP baru, kita lupakan nombor dan urutan kerna itu bukanlah piawaian yang mutlak, hasil kerja kita dalam jamaah tidak harus dialiri dengan popularity buta kerana cita-cita kita untuk meraih tuaiannya di akhirat- Masyarakat dan ahli sedang menggunung harapan tinggi pada pemuda,ayuh menyusun derap langkah di bawah KP baru, kita gempur Malaysia ini! .

Undi Paling Tinggi.

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Hrkh) – Ustaz Riduan Mohamad Noor mendapat sokongan tertinggi daripada 229 perwakilan yang mengundi bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS bagi sesi 2009-2011. Beliau memperolehi 197 undi.

Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS bagi sesi 2009-2011 yang telah diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Dewan Pemuda, Ustaz Hassan Sukri pada jam 3.45 petang tadi.

Keputusan ini menunjukkan gabungan antara profesional dan ulama muda berganding bahu dalam jawatankuasa ini.

Ustaz Riduan Mohamad Noor-197 undi

Ustaz Nik Mohamd Abduh Nik Abdul aziz – 194 undi
Ustaz Mohd Firdaus Jaafar – 176 undi
Ustaz Mohd Nazri Chik Zain – 165 undi
Suhaizan Kaiyat – 165 undi
Ustaz Nasir Zakaria – 152
Ustaz Kamal Ashari – 145
Kamaruzzaman Mohamad – 139 undi
Khairul Faizi Ahmad Kamil – 139 undi
Mohamad Adram Musa – 135 undi
Abdullah Abdul Karim – 127 undi
Dr Raja Ahmad Iskandar 126 – undi

Ketua Pemuda PAS yang baru, Ustaz Nasrudin Hj Hasan telah mengumumkan keseluruhan barisan kepimpinan pemuda PAS pusat sesi 2009-2011 ketika sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Berikut merupakan senarai tersebut:
Ketua : Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan Ketua : Ustaz Azman Shafawi Abd Rani
Naib Ketua : Ahmad Sabki Yusof

Setiausaha : Kamaruzaman Mohamad
Penolong Setiausaha : Khairul Faizi Ahmad Kamil
Bendahari : Mohd Adram Musa
Ketua Penerangan : Suhaizan Kaiat
Pengarah Pilihan Raya : YB Firdaus Jaafar

Ahli Jawatankuasa dipilih
1 Ustaz Riduan Mohd Nor
2 Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
3 Ustaz Nazri Chik
4 YB Nasir Zakaria
5 Ustaz Kamal Shaari
6 Abdullah Karim
7 Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub

Ahli Jawatankuasa dilantik
1 Zuraidin Abdullah
2 Sanusi Mohd Nor
3 Zamakhshari Muhammad
4 Anuar Ali
5 Yusainee Yahya
6 Mohd Sani Hamzan
7 Wan Sukhairi Abdullah
8 Dr. Zuhdi Marsuki
9 Mohd Nazri Din
10 Mohd Fuad Othman

Ini merupakan buku terbaru keluaran Jundi Resources.

Harga :

Semenanjung RM 30.00

Sabah/Sarawak RM 35.00

Halaman : 420 Muka Surat


Untuk Tempahan Sila Hubungi :

Ustaz Riduan : 019-3728844

Ustaz Taufik : 013-3567768

Wacana Hassan Al-Banna

wacana-hassan-al-banna1

Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Pandan akan menganjurkan wacana memperingati kesyahidan Imam Hassan Al-Banna dengan tema ‘Hasan Al-Banna menjuarai isu Palestin’.

Pengerusinya, Ustaz Riduan Mohd Noor berkata, wacana itu bertujuan mengimbau perjuangan dan pengorbanan Hassan Al-Banna dalam gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir, Syria dan Jordan dalam gerakan jihad menentang penubuhan negara haram Israel.

Continue Reading »